Perbezaan Web 1.0 dan Web 2.0

Posted by budak_kh | 6:26 PM | 0 comments »

Terdapat beberapa perbezaan di antara web 1.0 dan 2.0. Secara asasnya web 2.0 adalah evolusi daripada web 1.0 itu sendiri. namun begitu terdapat perbezaan antara keduanya. Dalam web 2.0, pengguna tidak perlu melawat satu-satu laman web yang khusus jika hendak mengetahui sebarang maklumat mengenai sesuatu perkara. Maklumat tersebut boleh didapati pada mana-mana laman web yang ada menyediakan perkhidmatan dan capaian untuk laman web lain. tidak seperti web 1.0, kita perlu buka laman web yang betul atau sama jika ingin mendapatkan maklumat mengenai sesuatu perkara. Sebagai contoh jika kita ingin mendapatkan maklumat mengenai telefon Nokia, kita perlu pergi ke laman web Nokia. Ini adalah ciri web 1.0. berbeza berbanding web 2.0, kita sudah tidak semestinya perlu pergi ke laman web Nokia jika ingin mendapatkan sebarang maklumat. Kita boleh melayari laman web Nokia melalui laman web lain yang ada menyediakan perkhidmatan capaian yang mudah. itu adalah salah satu perbezaan antara web 1.0 dan web 2.0. Kita juga mampu melihat sebarang maklumat berkaitan tanpa perlu melayari laman web tersebut. Aplokasi web 1.0 lebih terbatas. Pengguna perlu melawat laman web tertentu jika ingin mendapatkan maklumat. Ia lebih sukar dan tidak mesra pelanggan. Web 1.0 juga mempunyai aplikasi yang terbatas berbanding web 2.0.

0 comments

Post a Comment