Ciri-Ciri Web 2.0

Posted by budak_kh | 6:41 PM | 0 comments »

Web 2.0 adalah klasifikasi dari web (yang kemudian berevolusi menjadi lebih dari sekadar klasifikasi: sebuah era) yang membuat ’semua orang’ yang terhubung ke web mampu menyediakan dan menyalurkan maklumat konten (teks, grafis, dll) di web. Laman web yang membuat orang dapat berkongsi maklumat di web dengan mudahnya (tidak perlu pengetahuan khusus tentang program) adalah web 2.0: Blog, Photo Sharing (flickr), Video Sharing (YouTube), Presentation Sharing (Slideshare.net), Social Networking (facebook, myspace, friendster, linkedIn, etc) dan lain-lain.Secara asasnya, web 2.0 mempunyai banyak ciri-ciri utama. Antaranya ialah Web 2.0 merupakan platform atau tempat yang menjadikan web sebagai tempat kita bekerja tidak kira di mana kita berada. Dengan erti kata lain kita boleh melaksanakan pelbagai tugas serentak melalui web browser. Ia termasuklah membuat dokumen,menguruskan kewangan atau merancang pembentangan kerja dan lain-lain. Kesemua perkara ini mampu dilakukan secara lansung dengan menggunakan pelbagai aplikasi internet melalui web 2.0. Web 2.0 mempunyai capaian pelbagai aplikasi atas talian yang boleh dimuatkan untuk kemidahan pengguna web.

0 comments

Post a Comment