Web 2.0 turut mempunyai beberapa kelemahan. Namun begitu kelemahan ini tidaklah begitu ketara dan masih boleh diperbaiki dari masa ke masa. Rangkaian web 2.0 dijalankan secara meluas dan global. Pelbagai jenayah internet boleh berlaku melalui aplikasi web 2.0. Web 2.0 masih lagi dalam proses pembangunan dan perlu diperbaiki dari aspek keselamatan dan privasi. Jenayah internet masih lagi berleluasa dan sukar dibendung. Walaupun web 2.0 memudahkan jaringan komunikasi namun pengguna masih terdedah kepada pelbagai bahaya seperti ugutan, penipuan dan sebagainya. Web 2.0 mempunyai aspek keselamatan yang belum sempurna dan kadang kala terlalu bercirikan keuntungan. Ia menjadi beban kepada setengah pengguna dan bukanlah satu perkara yang baik.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments
Post a Comment