Web 2.0 turut menyumbang kepada pembangunan blog. dengan adanya web 2.0, para pembangun blog boleh berkomunikasi antara satu sama lain. Blog-blog boleh disampung dan dicapai secara sanlung dan atas talian. Mereka boleh berhubung pada bila-bile nasa dan tidak mengira tempat di mana mereka berada. Teknologi web 2.0 memberi pelbagai corak susun atur dan widget untuk para pembangun blog. Blogawan boleh memuatkan pelbagai capaian-capaian lain dari pelbagai laman web untuk dimuatkan di dalam blog mereka. Ini dapat memperluaskan jaringan perhubungan memberi kebebasan dan pilihan untuk blogawan berkarya dengan lebih baik dan kreatif.

Ciri-Ciri Web 2.0

Posted by budak_kh | 6:41 PM | 0 comments »

Web 2.0 adalah klasifikasi dari web (yang kemudian berevolusi menjadi lebih dari sekadar klasifikasi: sebuah era) yang membuat ’semua orang’ yang terhubung ke web mampu menyediakan dan menyalurkan maklumat konten (teks, grafis, dll) di web. Laman web yang membuat orang dapat berkongsi maklumat di web dengan mudahnya (tidak perlu pengetahuan khusus tentang program) adalah web 2.0: Blog, Photo Sharing (flickr), Video Sharing (YouTube), Presentation Sharing (Slideshare.net), Social Networking (facebook, myspace, friendster, linkedIn, etc) dan lain-lain.Secara asasnya, web 2.0 mempunyai banyak ciri-ciri utama. Antaranya ialah Web 2.0 merupakan platform atau tempat yang menjadikan web sebagai tempat kita bekerja tidak kira di mana kita berada. Dengan erti kata lain kita boleh melaksanakan pelbagai tugas serentak melalui web browser. Ia termasuklah membuat dokumen,menguruskan kewangan atau merancang pembentangan kerja dan lain-lain. Kesemua perkara ini mampu dilakukan secara lansung dengan menggunakan pelbagai aplikasi internet melalui web 2.0. Web 2.0 mempunyai capaian pelbagai aplikasi atas talian yang boleh dimuatkan untuk kemidahan pengguna web.

Perbezaan Web 1.0 dan Web 2.0

Posted by budak_kh | 6:26 PM | 0 comments »

Terdapat beberapa perbezaan di antara web 1.0 dan 2.0. Secara asasnya web 2.0 adalah evolusi daripada web 1.0 itu sendiri. namun begitu terdapat perbezaan antara keduanya. Dalam web 2.0, pengguna tidak perlu melawat satu-satu laman web yang khusus jika hendak mengetahui sebarang maklumat mengenai sesuatu perkara. Maklumat tersebut boleh didapati pada mana-mana laman web yang ada menyediakan perkhidmatan dan capaian untuk laman web lain. tidak seperti web 1.0, kita perlu buka laman web yang betul atau sama jika ingin mendapatkan maklumat mengenai sesuatu perkara. Sebagai contoh jika kita ingin mendapatkan maklumat mengenai telefon Nokia, kita perlu pergi ke laman web Nokia. Ini adalah ciri web 1.0. berbeza berbanding web 2.0, kita sudah tidak semestinya perlu pergi ke laman web Nokia jika ingin mendapatkan sebarang maklumat. Kita boleh melayari laman web Nokia melalui laman web lain yang ada menyediakan perkhidmatan capaian yang mudah. itu adalah salah satu perbezaan antara web 1.0 dan web 2.0. Kita juga mampu melihat sebarang maklumat berkaitan tanpa perlu melayari laman web tersebut. Aplokasi web 1.0 lebih terbatas. Pengguna perlu melawat laman web tertentu jika ingin mendapatkan maklumat. Ia lebih sukar dan tidak mesra pelanggan. Web 1.0 juga mempunyai aplikasi yang terbatas berbanding web 2.0.

Kelemahan Web 2.0

Posted by budak_kh | 6:23 PM | 0 comments »

Web 2.0 turut mempunyai beberapa kelemahan. Namun begitu kelemahan ini tidaklah begitu ketara dan masih boleh diperbaiki dari masa ke masa. Rangkaian web 2.0 dijalankan secara meluas dan global. Pelbagai jenayah internet boleh berlaku melalui aplikasi web 2.0. Web 2.0 masih lagi dalam proses pembangunan dan perlu diperbaiki dari aspek keselamatan dan privasi. Jenayah internet masih lagi berleluasa dan sukar dibendung. Walaupun web 2.0 memudahkan jaringan komunikasi namun pengguna masih terdedah kepada pelbagai bahaya seperti ugutan, penipuan dan sebagainya. Web 2.0 mempunyai aspek keselamatan yang belum sempurna dan kadang kala terlalu bercirikan keuntungan. Ia menjadi beban kepada setengah pengguna dan bukanlah satu perkara yang baik.

Kelebihan Web 2.0

Posted by budak_kh | 6:11 PM | 0 comments »

Web 2.0 membolehkan pelbagai aplikasi atas talian atau secara langsung dimuatkan. Web 2.0 mampu memuatkan sehingga 7 aplikasi atau karektor di dalam satu-satu laman web. Ia lebih terbuka dan tidak membataskan idea pengguna dan pembangun web. Aplikasi ini mampu menghubungkan manusia dengan membentuk jaringan sosial yang besar seperti pada hari ini. Sebagai contoh wujud pelbagai laman interaksi sosial seperti Friendster dan Facebook daripada teknologi web 2.0. Web 2.o membolehkan aplikasi tersebut berhubung secara langsung melalui kemudahan internet. Ia merupakan kelebihan utama Web 2.0 yang tidak membataskan sebarang aplikasi untuk digunakan pada mana-mana laman web yang wujud.